Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Caruman Baharu Pengeluar i-Sinar, i-Citra Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1 KWSP

caruman baharu pengeluar i-sinar, i-citra dikreditkan sepenuhnya ke akaun 1 kwsp

Caruman baharu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan mereka menerusi kemudahan pengeluaran seperti i-Citra dan i-Sinar akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 untuk membina semula simpanan mereka yang telah dikeluarkan.

Advertisement

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. 

Menurutnya, berdasarkan statistik KWSP, selepas mengambil kira pengeluaran i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berusia 18 hingga 55 tahun yang mempunyai simpanan asas iaitu RM240,000.

Angka itu katanya, menunjukkan penurunan berbanding 30 peratus pada 31 Disember 2020 sebelum kemudahan pengeluaran itu dilaksanakan.

Sumber: Umavathi Ramayah/ Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini