Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Makin Banyak Kes, CDC Amerika Syarikat Tukar Maksud ‘Kontak Rapat’

Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menukar maksud ‘kontak rapat’ dengan memasukkan frasa ‘pertemuan singkat yang berulang’.

makin banyak kes, cdc amerika syarikat tukar maksud ‘kontak rapat’

CDC memberi perincian, kontak rapat kini bermaksud, individu yang menghabiskan sejumlah masa selama lebih 15 minit dalam tempoh 24 jam, walaupun tidak secara berterusan.

Advertisement

Ia sedikit berbeza dengan maksud kontak rapat sebelum ini iaitu ''15 minit secara berterusan dengan jarak enam kaki atau dua meter, bersama kontak rapat.''

Terdapat data terkini yang menunjukkan, individu yang mempunyai kontak rapat dalam masa singkat, namun secara berulang, dengan jumlah masa lebih 15 minit dalam satu hari, turut dijangkiti.

Setakat ini, sudah 75 peratus negara Amerika Syarikat dijangkiti COVID-19, dengan jumlah kes positif sebanyak 8,584,850, dan 227,409 kes maut.

makin banyak kes, cdc amerika syarikat tukar maksud ‘kontak rapat’

Sumber: Astro AWANI

ERA Muzik Hit Terkini