Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan perkahwinan yang direkodkan tahun lalu adalah sebanyak 203,821 menurun sebanyak 1.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam laporan Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2020, jabatan itu mendedahkan bilangan perkahwinan orang Islam pada tahun lalu adalah sebanyak 147,847 menurun 1.5% berbanding 150,098 pada tahun 2018.
Advertisement
Selari dengan penurunan bilangan perkahwinan, kadar perkahwinan am pengantin lelaki juga menurun daripada 61.1 kepada 60.3 bagi setiap 1,000 lelaki Islam berumur 18 tahun keatas yang belum berkahwin.
Trend sama berlaku kepada pengantin perempuan dengan penurunan kepada 54.9 daripada 56.0 bagi setiap 1,000 perempuan Islam.
Bagaimana pun, kagi kadar penceraian pula bagi tahun 2019 meningkat sebanyak 12% iaitu sebanyak 56,975 berbanding tahun sebelumnya 50,862, dengan bilangan 1.8 bagi setiap 1,000 penduduk.
Berikut adalah perincian data bagi laporan Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2020:


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia