Pereka industri dari Turki telah mencipta sebuah cermin yang hanya mampu digunakan jika seseorang tu senyum terlebih dahulu.


Advertisement
Cermin yang dipasang bersama kamera dan perisian pintar disambung kepada sebuah peranti, mampu mengesan pengguna sama ada senyum mahupun sebaliknya.
Ilhan, salah seorang daripada ahli kumpulan pereka tersebut mendapat ilham mencipta cermin tersebut selepas melihat salah seorang ahli keluarganya menghidap kanser.
“Dia memberitahu selepas disahkan menghidap kanser, dia susah untuk melihat dirinya dalam cermin” katanya pada CNN.
Selepas 2 tahun mencipta cermin tersebut, cermin itu dijual pada harga USD2000 hingga USD3000 setiap satu.
Sumber: CNN