Skip to main content

Advertisement

Hiburan

DNA Tiga Manusia Purba Dikenal Pasti Daripada Chewing Gum

Saintis baru-baru ini berjaya mengenal pasti tiga jantina manusia purba yang hidup pada akhir Zaman Ais, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu berdasarkan ujian DNA pada gula-gula getah.

dna tiga manusia purba dikenal pasti daripada chewing gum

Advertisement

Gula-gula getah yang ditemui pada awal tahun 90-an di Huseby-Klev, iaitu tapak arkeologi Zaman Mesolitik. Makanan itu dihasilkan daripada kulit kayu pokok birch dan dikunyah oleh manusia purba sama seperti chewing gum.

dna tiga manusia purba dikenal pasti daripada chewing gum

Berdasarkan ujian DNA tersebut, saintis berjaya menentukan jantina manusia purba berkenaan, iaitu seorang lelaku, wanita dan kanak-kanak perempuan.

dna tiga manusia purba dikenal pasti daripada chewing gum

Menurut pengkaji di Jabatan Arkeologi, Muzium Sejarah Kebudayaan, Profesor Madya Per Persson berkata, penemuan ini penting bagi memberikan kita maklumat tentang hubungan sosial manusia pada zaman purba.

“Ia bukan sahaja mempunyai potensi untuk mengesan asal-usul dan pergerakan manusia zaman purba tetapi juga memberikan maklumat mengenai hubungan sosial mereka, penyakit serta makanan,” katanya.

Sumber: Kosmo

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini