Skip to main content

Advertisement

Hiburan

China Cipta Sejarah Bina Stesen Meteorologi Tertinggi Dunia

Stesen pemantauan meteorologi automatik berjaya ditempatkan oleh pasukan penyelidik China di puncak Gunung Qomolangma, pada Rabu lalu.

Berada pada ketinggian lebih 8,800 meter, ia merupakan stesen meteorologi yang tertinggi di dunia, sekali gus menjadikannya sangat signifikan dalam sejarah kajian saintifik Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Advertisement

china cipta sejarah bina stesen meteorologi tertinggi dunia

Tambahnya, ia mengatasi stesen meteorologi yang berada pada ketinggian 8,430 meter di sebelah selatan gunung yang dibina saintis British dan Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

Menurut Institut Penyelidikan Dataran Tinggi Tibet (ITP) di bawah Akademi Sains China (CAS), pencapaian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan stesen meteorologi yang berada di altitud berbeza di Gunung Qomolangma mencecah lapan buah.

Malah, ahli penyelidik ITP, Zhao Huabiao memaklumkan data meteorologi yang dipantau akan menyokong penyelidikan saintifik dan aktiviti mendaki gunung.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini