Dalam usaha memperbaiki amalan kebersihan dalam kalangan orang awam, China kini telah menguatkuasakan peraturan baru bagi melarang perbuatan tidak beradab.

Tingkah laku tidak beradab itu termasuklah amalan tidak memakai penutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
Advertisement
Undang-undang yang baru sahaja diluluskan Jumaat lalu adalah sebagai cara membentuk budaya dan tingkahlaku lebih beradab bagi memerangi pandemik COVID-19 yang kini telah menjangkiti lebih 3 juta orang penduduk seluruh dunia.
Antara undang-undang yang termaktub dalam peraturan itu adalah seperti mewajibkan penanda jarak satu meter, menyediakan sudu dan penyepit dan juga berpakaian rapi ditempat awam.
Jika didapati bersalah, orang ramai boleh dikenakan hukuman denda sehingga 200 yuan (RM124) bagi kesalahan membuang sampah, meludah dan juga membuang air di tempat awam.
Sumber: Asia Times