Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gambar Dan Video Keadaan Terkini Planet Marikh Didedah China

Baru-baru ini, Jabatan Pentadbiran Angkasa China (CNSA) memaparkan video dan gambar baharu planet Marikh setelah kapal angkasa negara itu, Tianwen-1, mendarat planet berkenaan.

gambar dan video keadaan terkini planet marikh didedah china

Advertisement

Kenderaan perayau (rover) China, Zhurong, mendarat di permukaan Marikh bersama payung terjunnya dan turun serta bergerak menjelajah planet itu.

Kapal angkasa Tianwen-1 akan beroperasi selama 338 hari di ruang udara Marikh selepas meninggalkan orbit.

gambar dan video keadaan terkini planet marikh didedah china

Kira-kira 360 juta kilometer jarak antara bumi dengan planet Marikh, dan perayau Zhurong kini sudah menjelajah selama 42 hari dan meneroka sejauh 236 meter.

Menariknya, perayau robot dilengkapi enam roda, bertenaga solar dan seberat sekitar 240 kilogram bagi meneruskan pergerakan, pengesanan dan misi penerokaan saintifik.

Kapal angkasa Tianwen-1 akan terus berada di orbit yang menyampaikan komunikasi bagi dengan perayau peneroka dalam penjelajahan saintifik, sambil melakukan operasi pengesanan saintifik.

Sumber: Reuters

ERA Muzik Hit Terkini