Virus korona atau COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini sudah pun menjangkiti lebih dari 2 juta penduduk.
Namun disebalik jangkitan ini, wujud dakwaan bahawa virus korona ini dihasilkan dalam sebuah makmal di Wuhan, dimana lokasi pertama virus itu dikesan pada akhir tahun 2019.
Advertisement

Bagaimana pun menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), tiada bukti yang dapat mengaitkan dakwaan itu, seperti yang juga ditegaskan oleh Kementerian Ehwal Luar China.
Tuduhan ini juga mendapat perhatian Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo yang menggesa Beijing agar jangan berselindung dan berterus-terang sahaja.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Mark Milley mengatakan bahawa pasukan risikan Amerika Syarikat memberi gambaran bahawa virus korona ini mungkin wujud secara semula jadi, dan ia bukannya dihasilkan dalam makmal seperti yang didakwa. Bagaimanapun, kedua-dua rumusan ini tidak dapat disahkan kesahihannya.