Skip to main content

Advertisement

Hiburan

China Berjaya Jejak Pesakit Pertama COVID-19, Disahkan Positif Sejak 17 November Tahun Lalu

Penularan COVID-19 telah memasuki gelombang kedua dan menyebabkan kematian ribuan nyawa diserata dunia.

china berjaya jejak pesakit pertama covid-19, disahkan positif sejak 17 november tahun lalu

Memetik South China Morning Post, kerajaan China kini berjaya menjejak semula individu pertama yang dijangkiti COVID-19.

Advertisement

Menurut portal terbabit, individu berusia 55 tahun itu sebenarnya sudah positif COVID-19 sejak dari 17 November tahun lalu.

Beliau berasal dari wilayah Hubei, China, iaitu pusat bermulanya wabak COVID-19 ini.

Tahun lalu, kami pernah melaporkan 59 kes radang paru-paru misteri dan 7 daripanya berada dalam keadaan kritikal. Namun ketika itu, pihak berkuasa Wuhan menegaskan ia bukanlah SARS, MERS, selsema burung atau adenovirus.

Namun begitu, penyebaran virus ini mulai merebak ke seluruh dunia sehingga menyebabkan lebih 170 ribu kes positif COVID-19 direkodkan setakat ini.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

ERA Muzik Hit Terkini