Skip to main content

Advertisement

Hiburan

China Lancar Satelit Sendiri BDS Untuk Saing Dengan Sistem GPS

Hujung tahun lalu, China dilaporkan sedang membangunkan sistem penentududukan sejagat mereka dengan nama BeiDou-3 Navigation Satellite (BDS).

china lancar satelit sendiri bds untuk saing dengan sistem gps

Sistem ini dilaporkan akan bersaing dengan sistem yang sama digunakan ketika ini iaitu GLONASS (Rusia), GALILEO (Eropah) dan GPS (Amerika Syarikat).

Advertisement

Dengan belanja kira-kira $10 bilion, sistem penentududukan dari China ini adalah generasi ketiga seumpamanya dan terdiri daripada 35 buah satelit dengan yang pertama dilancarkan sekitar 2015.

Dibawa ke angkasa dengan roket pembawa Long March-3B, satelit ke-55 ini telahpun dilancarkan bagi melengkapkan sistem rangkaian navigasi global BeiDou.

Menurut laporan, sistem BeiDou ini adalah lebih tepat dengan kemampuan komunikasi, ketetapan masa dan perkhidmatan navigasi berbanding sebelumnya.

china lancar satelit sendiri bds untuk saing dengan sistem gps

Terdahulu, BeiDou-1 hanya digunakan untuk kegunaan domestik, manakala BeiDou-2 bagi perkhidmatan rantau Asia Pasifik, manakala BeiDou-3 ini pula adalah pada peringkat global.

Sumber: BBC

ERA Muzik Hit Terkini