Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cicak Di Jumpai Hidup Dua Hari Dalam Telinga Pesakit Ini

Sakit telinga selama dua hari akhirnya terjawab apabila doktor menemui seekor cicak di dalamnya.

cicak di jumpai hidup dua hari dalam telinga pesakit ini

Advertisement

Dr. Varanya Ngathavee, 25, terkejut apabila menemui haiwan tersebut dalam telinga pesakitnya pada hari pertama dia bertugas di sebuah hospital di Bangkok.

"Ia adalah kes terakhir saya pada hari tersebut. Saya keliru. Bagaimana cicak sebesar itu boleh memasuki lubang telinga?" menurut kapsyen gambar yang dimuat naik olehnya di Facebook.

cicak di jumpai hidup dua hari dalam telinga pesakit ini

Dr. Varanya yang membawa pesakitnya ke pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) juga khuatir jika ekor cicak ini masih lagi berada dalam telinga.

"Doktor mengesahkan masih terdapat ekor cicak terbabit. Saya sangat gembira! Doktor itu turut memuji saya kerana melakukan tugas dengan baik,", katanya lagi.

ERA Muzik Hit Terkini