Pasti anda mengenali seorang cikgu Add Math yang mengajar subjek tersebut dengan penuh bertenaga, sehingga membuatkan ramai pelajar menjadi minat kembali terhadap matapelajaran itu.
Cikgu Fathi Hussein baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila beliau bermain satu Instagram Filter yang bertanyakan soalan Matematik Tambahan dalam masa hanya beberapa saat.
Advertisement


Mana tidaknya, beliau bukan sahaja berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan, malah mampu menyelesaikan masalah yang diberi kurang daripada 5 saat! Hebat weh!
Ya allah insecure nya aku😭😭 aku nak baca soalan pun tak sempat eishh pic.twitter.com/jjj8O2tAZg
— 𝖒𝖚𝖓𝖊𝖗𓀡 (@arhammunirr) May 29, 2020
Rata-rata warganet kagum dengan cikgu ini kerana ramai yang belum sempat habis baca soalan, tapi Cikgu Fathi dah berjaya jawab.
Jika anda belum menyaksikan 'kehebatan' Johara menjawab soalan Matematik daripada Cikgu Fathi, jom tengok sini!
Sumber: Twitter @arhammunirr