Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Demi Tanggungjawab, Cikgu Pandu Kereta Masuk Kampung, Badan Kereta Jadi Whiteboard

Sebagai pendidik, tanggungjawab menyampaikan ilmu kepada anak murid adalah satu amanah yang harus dipikul tanpa mengira penat dan lelah.

Meskipun pelajar tinggal jauh dalam kawasan pendalaman, guru pasti tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk membiarkan pelajar dikawasan tersebut tercicir matapelajaran.

Advertisement

Itulah yang dilakukan oleh seorang guru di Iran apabila sanggup memandu kenderaan masuk ke sebuah kawasan pendalaman bagi mengajar satu-satunya pelajarnya yang tinggal dikawasan tersebut.

demi tanggungjawab, cikgu pandu kereta masuk kampung, badan kereta jadi whiteboard

Lebih menyentuh hati, guru tersebut sanggup menjadikan badan kereta miliknya sebagai 'whiteboard' bagi sesi pembelajaran tersebut.

demi tanggungjawab, cikgu pandu kereta masuk kampung, badan kereta jadi whiteboard

Gambar yang dikongsi laman Facebook Spotlight telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dimana rata-rata warganet memuji pengorbanan guru muda ini dalam mendidik anak bangsa.

Sumber : Spotlight

ERA Muzik Hit Terkini