Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anak Murid Ke Sekolah Pakai Kemeja Paras Lutut, Cikgu Sebak Bila Tahu Kisah Sebenar - “Saya Nampak Lain Bajunya, Saya Terus Kemaskan Tetapi…”

Seorang pelajar lelaki memakai kemeja paras lutut ke sekolah mendapat perhatian warganet apabila melihat gambar yang dikongsikan seorang guru di sekolahnya.

Menerusi perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Farrah Norashikin, dia berasa pelik apabila melihat baju muridnya ini ketika dia sedang meronda sekitar sekolahnya.

Advertisement

anak murid ke sekolah pakai kemeja paras lutut, cikgu sebak bila tahu kisah sebenar - “saya nampak lain bajunya, saya terus kemaskan tetapi…”

Lantas, Cikgu Farah segera membantu muridnya yang mesra disapa Jebat untuk mengemas dan merapikan kemejanya.

Namun, Cikgu Farah tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui kisah sebenar disebalik kejadian itu.

Difahamkan, anak muridnya itu telah kehilangan ibunya pada November tahun lalu akibat jangkitan virus Covid-19.

anak murid ke sekolah pakai kemeja paras lutut, cikgu sebak bila tahu kisah sebenar - “saya nampak lain bajunya, saya terus kemaskan tetapi…”

Kini, hanya kakak, abang dan nenek menjadi tempat bergantung dan mereka tinggal bersama berikutan bapanya bekerja sebagai pemandu lori.

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan warganet apabila melihat kisah sedih kanak-kanak ini dan ramai yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan seperti barangan keperluan sekolah untuk kanak-kanak tersebut.

@cikgu_farrah

terima kasih atas doa semua buat anak ini..ibu dia meninggal sbb covid beberapa bln lepas..xsanggup sy tgok tanpa perasaan..harap xdak yg komen

♬ Pelangi Petang - Dato' Sudirman

Sumber: TikTok @cikgu_farrah

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini