Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] ERA X Cikidot: Zarol Main Tipu Curi Jawapan Amri, Cikidot Buat Cabaran Teka Mulut Artis

Selebriti media sosial YouTube, Cikidot Channel kembali dengan episod kedua untuk kolaborasi ERA X Cikidot hanya di YouTube ERA.

[video] era x cikidot: zarol main tipu curi jawapan amri, cikidot buat cabaran teka mulut artis

Advertisement

Cikidot Channel sahut cabaran untuk episod kedua kali ini dengan bermain teka mulut artis tempatan tidak kira penyanyi, pelakon, pelawak atau sesiapa sahaja.

Gelagat Zarol, Ecah dan Amri memang buat semua peminat terhibur apabila cuba untuk meneka nama artis hanya melihat mulut mereka sahaja.

[video] era x cikidot: zarol main tipu curi jawapan amri, cikidot buat cabaran teka mulut artis

Permainan dimulakan dengan kemunculan Maksom selaku moderator yang mengadili cabaran kali ini.

Malah, Amri menunjukkan kehebatannya apabila berjaya meneka hampir kesemua artis berturut-turut tetapi Zarol dan Ecah tidak mengaku kalah.

Khabarnya, Zarol tidak adil kerana cuba curi jawapan bagi tekaan Amri? Betul ke?

Saksikan video penuh eksklusif hanya di YouTube rasmi ERA dan jangan lupa pelbagai video menarik ERA X Cikidot menanti anda pada Jumaat jam 9 malam.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini