Selepas berlaku kali terakhir 21 tahun lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana matahari cincin.

Advertisement
Pembentukan gerhana matahari yang dikenali sebagai ‘cincin berapi’ atau gerhana matahari anulus, yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris.

Menurut portal Planetarium Negara, penduduk dinegara ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana matahari khasnya buat penduduk di Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.
Fenomena ini dijangka berlaku bermula jam 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai, manakala di Serian pula akan berlaku pada jam 1.46 petang hingga 1.50 petang.

Attention to all Malaysians 🇲🇾🇲🇾 Don’t forget to glance your head up to the sky on the 26th of December. There will be an annular solar eclipse occuring throughout the whole day with the peak time at 1PM. This could be a once in a lifetime treat! pic.twitter.com/PPv9lPetFM
— amir (@AmirHar1Z) December 21, 2019
Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Sumber: BERNAMA