Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cincin Bernilai RM 3 Juta Ditemui

Baru-baru ini seorang wanita beruntung besar apabila cincin yang dibelinya dengan harga 10 Euro lebih kurang RM 47 telah jual kembali dengan harga 650,000 euro atau RM 3 Juta. Cincin yang dibeli pada jualan garage itu benar-benar mengubah nasib wanita tersebut.

Sebelum ini, dia kerap memakai cincin tersebut untuk bua kerja harian. Tapi, setelah agak lama dia memilih untuk memeriksa keaslian cincin tersebut. Dia merasakan cincin itu sangat unik walaupun batunya tidak berkilat dan agak pudar.

Advertisement

Dan hasilnya, pakar batu permata mengesahkan bahawa cincin itu adalah asli dan bertaktakan berlian seberat 26.27 karat dan dikatakan telah dibuat pada abad ke 19. Wanita itu terkejut dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjualnya.

Cincin itu telah dibawa ke London untuk dibida dan telah dibeli oleh seseorang dengan jumlah 65,670 kali ganda daripada harga asal yang dibeli oleh perempuan itu semasa jualan garage. Perghh, memang rezeki betul!

Sumber: express.co.uk

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini