Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cincin Berlian RM13 Ribu Jatuh Dalam Tasik Ketika Melamar Kekasih

Hari yang indah buat jejaka dari Missouri, Amerika Syarikat, apabila beliau akan melamar kekasihnya untuk dijadikan isteri.

cincin berlian rm13 ribu jatuh dalam tasik ketika melamar kekasih

Namun hari yang disangkakan cerah rupanya mendung apabila cincin belian bernilai hampir RM13 ribu, terjatuh ke dalam tasik ketika Set Dixon melamar Ruth Sales, di Loose Park, Sabtu lepas.

Advertisement

cincin berlian rm13 ribu jatuh dalam tasik ketika melamar kekasih

Dipetik daripada Fox News, video saat Dixon melamar Ruth sempat dirakam oleh seorang rakan mereka, dan mereka tidak menyangka cincin tersebut akan terjatuh ke dalam kolam.

Mereka cuba mencari cincin tersebut, namun tidak berjaya.

cincin berlian rm13 ribu jatuh dalam tasik ketika melamar kekasih

Akhirnya mereka nekad bertunang tanpa cincin dan akan berkahwin pada 21 Oktober ini.

Sumber: Fox News 

ERA Muzik Hit Terkini