Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cinema: Review Filem Jurassic World: Fallen Kingdom

Jurassic World merupakan sambungan kepada filem Jurassic Park. Masih mengekalkan pelakon utama yang sama iaitu Chris Prat sebagai Owen dan Bryc Dallas Howard sebagai Claire. Tapi, sejujurnya kalau korang ingat-ingat-lupa atau tak pernah tengok pun filem pertama, rasanya korang boleh je tengok yang kedua  ni.

Jalan cerita filem ni tak lah terlalu complicated macam filem genre sains yang lain. Tak ada term yang pelik melainkan nama dinasour yang sememangnya dah pelik. Tapi, cerita ni tetap menarik sebab aksi manusia dan dinasour digambarkan dengan cukup baik.

Advertisement

Apa yang menarik tentang filem ini adalah bagaimana manusia boleh mempergunakan binatang sebagai alat dan senjata untuk perang. Cara dinasour dibangunkan, dan cerita ketamakan manusia yang akhirnya membawa kepada kerugian sangat lah menarik dan awesome.

Kalau korang jenis yang sakit jantung sila berhat-hati sebab banyak juga adegan yang mengejutkan. Dan boleh dikatakan filem ini antara filem barat yang agak ‘clean’ sebab tak ada aksi yang keterlaluan. Jadi, boleh lah korang bawak adik korang yang berumur 13 tahun ke atas pergi tengok filem ni.

Dan akhir sekali, ending cerita ini agak menyentuh hati. Dekat sini korang dapat rasa yang haiwan pun ada perasaan.  Lepas je credit ada satu credit scene di penghujungnya. Jadi, tunggu lah sampai skrin wayang tu betul-betul tiada lampu baru lah keluar.

Teknikal: 4/5

Pelakon: 4.5/5

Storyline: 4/5

Overall: 4/5

Oleh: Azwar Kamaruzaman

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini