Salah satu ‘cabaran’ yang mungkin dihadapi oleh kebanyakkan lelaki ialah membalas mesej teman wanita atau pasangan masing-masing dengan secepat mungkin. Kalau ada pasangan yang garang tu, alamatnya habislah merajuk sampai ke pagi.
Mungkin disebabkan itu, seorang jurutera pembina software di China, Li KaiXiang telah membina chatbot khas yang berfungsi sebagai pengganti diri untuk membalas semua mesej daripada teman wanitanya.
Advertisement

Sistem operasi berkenaan mampu berfungsi setiap masa dan setiap hari, dan boleh melayan segala soalan atau mesej daripada teman wanitanya.

Tambah lagi, teman wanita KaiXiang juga tidak mengetahui bahawa yang membalas pesanan ringkasnya selama ini ialah sebuah bot.
Bijak!
Sumber: Abacus News
