Seorang pemuda dari India berjaya mencipta sebuah helikopter dengan menggunakan enjin motosikal dan beberapa bahan buangan lain.

Advertisement

Chetram Gurjar kini menjadi terkenal dinegaranya telah mempamerkan ciptaan beliau kepada penduduk kampung di Jhoonpdi di negeri Rajastan.



Helikopter yang diberi nama Pawan Putra itu mampu terbang pada ketinggian sehingga enam meter (20 kaki) selepas menerima kebenaran daripada kerajaan mereka.
Menurut pemuda ini, idea mencipta helikopter datang daripada sebuah mimpi, membuatkan beliau terus merealisasikan impian tersebut sehingga terciptanya helikopter.
Helikopter ini dipasang dengan dua enjin motosikal jenis Honda CBZ, mampu menerbangkan seorang penumpang dalam satu-satu masa.