Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Lebih Senang Kena Jangkitan Coronavirus? ''Belum Ada Bukti Saintifik Lagi..''

Satu laporan oleh sebuah akhbar antarabangsa melaporkan golongan lelaki lebih senang terkena wabak Covid-19 berbanding wanita, dengan kadar kematian 2.8 peratus.

lelaki lebih senang kena jangkitan coronavirus?

Advertisement

Namun begitu, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pandangan itu masih belum dibuktikan sepenuhnya mengikut pandangan pakar saintis.

"Virus baharu ini kita semua sedang kaji secara 'characteristic', walaupun ada teori oleh pakar saintis tetapi kita perlu sedikit masa (kajian), sebelum kita boleh mengesahkannya.

"Memang kita lihat daripada segi statistik, lebih ramai lelaki yang terkena jangkitan berbanding wanita, tetapi mengapa jadi seperti itu, kita belum mengetahuinya lagi," katanya.

lelaki lebih senang kena jangkitan coronavirus?

Tambah lagi, Kementerian Kesihatan juga tidak akan membuat sebarang kesimpulan sebelum kajian terperinci dilakukan terlebih dahulu.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini