Apa yang anda lakukan jika terjumpa kereta ini ketika sedang mencari kereta di ruangan parkir pada waktu malam?

Jangan bimbang kerana ia hanyalah cover kerusi kereta yang dipasang seperti yang tular dalam sebuah video di Facebook Shah Ismail.
Advertisement

Menggunakan watak Valak dalam filem The Nun, kerusi pemilik kenderaan ini telah membuatkan ramai terkejut dan tidak senang duduk andai terlihat situasi ini di depan mata.


"Jika sesiapa nampak 'wanita' ini dalam kenderaan pada waktu malam, jangan takut. Saya sudah menemui kebenarannya. Ia tidak benar.
"Jika terjumpa dia selepas ini, ingatlah video saya ini dan anda akan OK. Buat bodoh dan balik sahaja', tulis Shah Ismail pada kapsyen.
Video berkenaan sehingga kini mendapat jumlah tontonan lebih daripada 59 ribu di Facebook.