Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kurang Alat Keselamatan, COVID-19 Telah Ragut 24 Nyawa Doktor Di Indonesia

Dipercayai kekurangan peralatan keselamatan, wabak COVID-19 di Indonesia telah meragut nyawa 24 orang doktor setakat ini.

kurang alat keselamatan, covid-19 telah ragut 24 nyawa doktor di indonesia

Setakat semalam, Indonesia telah mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 218 kes baru, menjadikan jumlag keseluruhan setakat semalam adalah sebanyak 2,491 kes, termasuk 209 kes kematian.

Advertisement

Kadar kematian dalam kalangan doktor juga meningkat sekali ganda, dipercayai berpunca daripada kurangnya peralatan keselamatan di negara berkenaan.

Menurut Jurucakap Persatuan Doktor Indonesia, Halik Malik berkata, mereka sepatutnya diberikan perlindungan sewajarnya kerana risiko dijangkiti amatlah tinggi.

kurang alat keselamatan, covid-19 telah ragut 24 nyawa doktor di indonesia

Tambah lagi, akibat daripada kekurangan alat keselamatan diri (PPE), ada doktor di negara tersebut terpaksa memakai baju hujan dan membawa topeng muka sendiri sebagai langkah pencegahan wabak.

Selain kekurangan PPE, katil hospital, kakitangan perubatan dan kemudahan unit rawatan rapi (ICU) turut tidak mencukupi, sehingga menimbulkan kerisauan ramai pengamal perubatan disana.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini