Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dalam 4 Hari Ada 100 Ribu Kes Baru, Wabak COVID-19 Kini Makin Cepat Merebak!

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memberi amaran pandemik COVID-19 makin cepat merebak dengan lebih 300,000 kes setakat ini.

dalam 4 hari ada 100 ribu kes baru, wabak covid-19 kini makin cepat merebak!

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pada mulanya jangkitan mengambil masa 67 hari untuk mencapai 100,000 kes pertama, dan 11 hari untuk 100,000 kes seterusnya, dan kini hanya 4 hari untuk 100,000 kes selanjutnya.

Advertisement

dalam 4 hari ada 100 ribu kes baru, wabak covid-19 kini makin cepat merebak!

Bagaimanapun Dr Tedros berkata, kita masih belum terlambat untuk menamatkan penularan wabak ini.

dalam 4 hari ada 100 ribu kes baru, wabak covid-19 kini makin cepat merebak!

Beliau turut meminta agar orang ramai kekal berada dalam rumah dan ikut segala langkah pencegahan seperti mencuci tangan dan juga mengamalkan penjarakan sosial, sebagai usaha membendung virus berkenaan.

Dr Tedros turut memberikan analogi dalam permainan bola sepak dalam usaha kita serata dunia melawan COVID-19.

"Apa yang paling penting ialah apa yang dilakukan, anda tidak boleh memenangi perlawanan bola sepak dengan mempertahankan diri, anda mesti menyerang."

"Untuk menang, kita perlu menyerang virus dengan taktik yang agresif dan disasarkan - menguji setiap kes yang disyaki, mengasingkan dan menjaga setiap kes yang disahkan serta mengejar dan menjarakkan setiap pertemuan," katanya.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini