Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Korea Selatan mendapati kira-kira 51 pesakit yang telah diisyitharkan pulih COVID-19, kembali positif virus tersebut.

Menurut Pengarah Umum CDC, Jeong Eun-kyeong, virus tersebut mungkin aktif semula dalam tubuh mereka tidak lama selepas tempoh kuarantin berakhir.
Advertisement
“Kami sedang menjalankan kajian komprehensif tentang perkara ini. Terdapat banyak kes apabila keputusan ujian pada pesakit berubah-ubah,”, katanya sambil menyatakan bahawa CDC Korea akan melakukan penyelidikan epidemiologi terhadap perkara ini.
Difahamkan pesakit akan dianggap pulih sepenuhnya selepas menjalani dua ujian secara selang dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan keputusan negatif.
Sebelum ini juga, negara China menyatakan rasa bimbang situasi pesakit sembuh dijangkiti semula selepas wujud beberapa laporan mendakwa segelintir individu kembali positif. Bagaimanapun, beberapa pihak mendakwa masalah itu munngkin berpunca daripada keputusan ujian yang tidak konsisten.
Sumber: Sinar Harian