Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cristiano Ronaldo Bakal Dapat Kontrak Bernilai RM1 Bilion Jika Sertai Kelab Al-Nassr

Pemenang 5 Anugerah Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dilaporkan bersetuju menandatangani kontrak perjanjian bersama kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr.

Kontrak tersebut dilaporkan bernilai RM1 Bilion. Sebelum ini beberapa kelab telah dikaitkan bersama Ronaldo, antaranya Bayern Munich, Chelsea, dan Sporting Lisbon. 

Advertisement

cristiano-ronaldo-portugal-5-june-2022-1.jpeg

Menurut akhbar Sepanyol, Marca, bekas pemain Manchester United itu telah bersetuju dengan perjanjian dua tahun setengah bersama kelab kendalian Rudi Garcia tersebut. 

Pemain Portugal itu mengumumkan bahawa beliau telah berpisah bersama kelab Manchester United awal bulan ini susulan temu bual kontroversi bersama Piers Morgan. Akan tetapi, tiada sebarang kenyataan dikeluar oleh Ronaldo kerana beliau kini hanya ingin kekal fokus dengan pertandingan Piala Dunia.

ERA Muzik Hit Terkini