Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini telah berpeluang untuk membawa pasukan JDT berkolaborasi bersama pasukan gergasi Italy iaitu Juventus.
Menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, JDT dan Juventus telah bersetuju untuk bekerjasama dan Harimau Selatan akan menghantar satu delegasi ke Turin beberapa minggu akan datang bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi yang akan dijalinkan.
Advertisement
TMJ juga berpeluang untuk sekali lagi bertemu dengan penyerang pasukan Juventus iaitu Cristiano Ronaldo. Menerusi laman Instagram CR, bintang bolasepak itu dilihat juga memuatnaik foto bersama TMJ dan ia mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.
Sumber: Instagram
