Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bahaya Microsleep, Elakkan Memandu Pada Waktu-Waktu Ini - Pakar

Buat anda yang akan memandu pulang ke kampung halaman, anda dinasihatkan untuk tidak memandu antara waktu 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.

bahaya microsleep, cuba elak memandu waktu-waktu ini - pakar

Advertisement

Ia disarankan oleh Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam yang berkata, waktu-waktu ini merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk, sekaligus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.

Ini adalah dapatan kajian di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja. Pada waktu tersebut memang kita akan rasa mahu tidur, jadi pada mereka yang mahu memandu terutama untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini, sebaiknya waktu tersebut mereka kena elakkan.

bahaya microsleep, cuba elak memandu waktu-waktu ini - pakar

"Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.


"Lazimnya potensi menjadi mangsa ‘microsleep’ apabila memandu jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor waktu pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu," katanya seperti dipetik dari Awani.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini