Nico Ali Walsh, cucu kepada legenda tinju dunia, Allahyarham Muhammad Ali akan membuat kemunculan sulung dalam bidang tinju profesional menerusi saingan middleweight pada bulan depan.

Advertisement
Memetik laporan Mirror, Nico Ali Walsh merupakan anak lelaki kepada Rasheda Ali Walsh, iaitu anak perempuan Muhammad Ali.
Malah, pemuda berusia 20 tahun itu telah menandatangani perjanjian untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai perlawanan tinju.

Kini, dia akan menyambung legasi datuknya dengan ramai pengikut sukan tinju mengidolakan Muhammad Ali dengan gelaran 'The Greatest'
Allahyarham telah meninggal dunia pada 2016 sudah menyertai lebih 61 perlawanan profesional, dengan 56 kemenangan dan hanya tewas sebanyak lima kali.
Ali Walsh teruja untuk masuk ke gelanggang bagi membuktikan kemampuannya dan bersaing dengan bakal pesaingnya dalam bidang ini.
Sumber: Mirror