Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Produksi Filem Hollywood Dah Sampai Chiang Rai Untuk Jadikan Filem

produksi filem hollywood dah sampai chiang rai untuk jadikan filem

Tak dinafikan filem yang berdasarkan 'real story' pasti mendapat tempat di hati penonton. 

Advertisement

Semalam semasa proses menyelamatkan baki mangsa yang tinggal di gua Tham Luang, telah sampai kru produksi dari Hollywood iaitu Michael Scoot, Pengurus Bersama Pure Flix Films.

“Saya melihat ini sebagai filem Hollywood menarik dengan senarai pelakon ternama” kata Michael Scott. 

Scoot dan Adam Smith telah meninjau lokasi kejadian dan membuat beberapa penyelidikan untuk filem itu nanti. Mereka juga merancang untuk menemu bual mangsa dan semua yang terlibat dalam misi ini untuk mendapat hak eksklusif untuk cerita mereka. 

”Kisah mereka berdua adalah kisah yang penuh dengan inspirasi, penuh keberanian dan keperwiraan. Ia adalah sesuatu yang luar biasa dan kami fikir, ia perlu dikongsi dengan seluruh dunia,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian & Siakapkeli 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini