Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dakwaan Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Tidak Benar, KP Kesihatan Jawab Persoalan Netizen

Baru-baru ini, warganet menimbulkan kekeliruan apabila bertanya mengenai dakwaan varian Lambda sudah melanda di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau menjawab persoalan itu dan menolak dakwaan mengenai kemunculan varian Lambda di negara ketika ini.

Advertisement

dakwaan varian lambda dikesan di malaysia tidak benar, kp kesihatan jawab persoalan netizen

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, beliau menjelaskan kepada seorang warganet tentang kajian penjujukan genom yang dilakukan tiada sebarang kehadiran varian tersebut dikesan setakat ini.

“Tidak betul, kajian penjujukan genom terbaharu menunjukkan kesemua 43 sampel adalah varian Delta sebagai Varian Of Concern (VOC) yang dominan.

“Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita,” katanya.

dakwaan varian lambda dikesan di malaysia tidak benar, kp kesihatan jawab persoalan netizen

Varian Lambda merekodkan kes pertama di Peru pada Disember 2020 yang sudah merebak ke 26 buah negara termasuk wabak besar di Chile, Peru, Argentina dan Ecuador.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melabelkan Lambda sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI) dan ia dikatakan mudah merebak dengan pantas kepada individu lain.

dakwaan varian lambda dikesan di malaysia tidak benar, kp kesihatan jawab persoalan netizen

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini