Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tawar Ganjaran Lebih RM9 Ribu Jika Ada Yang Boleh Terjemah Teks Ini

Jika anda boleh menterjemah perkataan kecil pada batu ini, berkemungkinan ganjaran wang sehingga RM9 ribu bakal menjadi milik anda.

tawar ganjaran lebih rm9 ribu jika ada yang boleh terjemah teks ini

Advertisement

Sebuah pusat pentadbiran disebuah pekan kecil di Plougastel-daoulas, Perancis ini menawarkan ganjaran €2,000 (RM9,340) kepada sesiapa yang mampu menterjemahkan tulisan teks misteri pada permukaan bongkah batu di wilayah Brittany, Perancis.

tawar ganjaran lebih rm9 ribu jika ada yang boleh terjemah teks ini

Dipetik daripada Daily Mirror, bongkah batu itu ditemui dipesisir pantai ketika air surut kira-kira empat tahun lalu. Bagaimana pun, penduduk gagal memahami apa yang ditulis pada permukaan batu ini.

“Ada pihak memberitahu teks itu merupakan bahasa Basque, ada yang kata bahasa purba Breton. Kami masih tidak mampu merungkai makna ayat-ayat pada batu itu,” kata Datuk Bandar Plougastel-Daoulas, Dominique Cap.

tawar ganjaran lebih rm9 ribu jika ada yang boleh terjemah teks ini

Terdapat juga tarikh dan tahun pada batu berkenaan iaitu 1786 dan 1787.

Sumber: Daily Mirror

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini