Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penat Member Asyik Tumpang Kereta, Kawan Pakat Beli Kereta Baru Untuk Dia

Kita mungkin ada seorang rakan yang suka menumpang kereta kita setiap masa.

Namun apa yang menarik tentang rakan kepada seorang pengguna Twitter ini adalah, disebabkan sikap beliau yang suka menumpang, rakan-rakannya nekad untuk membelikan sebuah kereta untuk dirinya!

Advertisement

penat member asyik tumpang kereta, kawan pakat beli kereta baru untuk dia

penat member asyik tumpang kereta, kawan pakat beli kereta baru untuk dia

Menerusi akaun Twitter @Asanda_Goduka , video yang dimuatnaik menunjukkan reaksi seorang lelaki yang pada mulanya keliru selepas rakan-rakannya membawanya ke sebuah pusat pameran kenderaan.

penat member asyik tumpang kereta, kawan pakat beli kereta baru untuk dia

“Itu kereta awak”, kata salah seorang daripada rakannya.

“Saya sudah penat menjemput awak. Semua pun sudah penat. Jadi, ini kereta awak untuk awak pandu sendiri”, tambah rakannya lagi.

penat member asyik tumpang kereta, kawan pakat beli kereta baru untuk dia

Namun sebagai balasan, lelaki berkenaan perlu membelikan sarapan untuk rakan-rakannya selama 2 minggu.

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini