Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Perlu Kebenaran Polis Sebelum Balik Kampung, Balai Polis Dibanjiri Orang Ramai

Orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Memetik laporan daripada Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Advertisement

perlu kebenaran polis sebelum balik kampung, balai polis dibanjiri orang ramai

Untuk itu, sesiapa yang mahu merentasi negeri perlu mengisi borang yang disediakan di balai polis.

"Untuk mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah, interstate, sebab eksesais ini amat perlu. Kita yakin ia akan dapat menyekat penularan dari satu negeri ke satu negeri.

"Apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan misalnya tinggal di Kuala Lumpur hendak balik ke Sarawak, dia perlu maklumkan kepada Ketua Polis Balai mengenai hasrat itu dan polis akan beri dokumen menyatakan bahawa pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada polis, bahawa dia perlu lakukan perjalanan ini atas sebab demikian," kata Abdul Hamid.

Menjengah ke laman Twitter, pemilik akaun @Tsgxy_ telah berkongsi beberapa foto orang ramai mula memenuhi Balai Polis Taman Universiti, dipercayai untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis bagi tujuan perjalanan antara negeri.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani / Twitter

ERA Muzik Hit Terkini