Umum mengetahui darah manusia dan juga haiwan mempunyai warna merah pekat, tetapi tidak bagi lelaki berusia 39 tahun ini.

Dilaporkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine, lelaki berkenaan yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, dikejarkan ke unit kecemasan selepas pengalami mual, muntah dan sakit kepala serta berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Advertisement
Doktor yang mengambil darah pesakit ini nyata terkejut apabila mendapati darahnya berwarna putih disebabkan penyakit diabetes yang dialaminya. Kadar trigliserida iaitu sejenis lemak dalam badan lelaki ini terlalu tinggi, iaitu 14.000 mg/dL, sedangkan bacaan normal bawah 150 mg/dL.

Penyakit lelaki ini dikenali sebagai ketoasidosis diabetik, berpotensi mengancam nyawa jika tubuh memecah lemak dengan sangat cepat.
Sumber: Live Science