Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dari Seorang Pramugari, Wanita Ini Kini Jual Tong Gas

Demi meneruskan kelangsungan hidup, seorang bekas pramugari dari Filipina kini terpaksa menjual tong gas.

dari seorang pramugari, wanita ini kini jual tong gas

Maurice Maureen Avila, salah seorang bekas pramugari yang diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu selepas syarikat penerbangannya menanggung kerugian akibat COVID-19.

Advertisement

Avila mengakui merasa sedih selepas tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, hingga menyebabkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.

dari seorang pramugari, wanita ini kini jual tong gas

Akur dengan apa yang terjadi, Avila bangkit dan meneruskan kehidupan dengan menjual tong gas (LPG).

"Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.

"Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.

"Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa," katanya menerusi hantaran di media sosial.

Meskipun rutin hidupnya kini berubah, beliau menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya kini dengan menjual tong gas.

Sumber: Manilla Bulletin

ERA Muzik Hit Terkini