Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Cara Setting WhatsApp Anda Kepada Versi Dark Mode

Selepas beberapa aplikasi mengalami perubahan, WhatsApp kini telah menampilkan dark mode dalam aplikasinya bermula hari ini.

ini cara setting whatsapp anda kepada versi dark mode

Advertisement

Dengan fungsi dark mode, skrin paparan anda akan menjadi gelap dan ia memudahkan pengguna untuk melihat skrin tanpa memberikan gangguan kepada mata dan orang sekeliling.

ini cara setting whatsapp anda kepada versi dark mode

Update terkini WhatsApp dengan fungsi Dark Mode kini telah tiba di Malaysia untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android. Untuk pengguna Android 10 dan iOS13, fungsi dark mode ini akan berfungsi secara automatik jika anda mengaktifkan dark mode dalam sistem setting telefon anda.

ini cara setting whatsapp anda kepada versi dark mode

Manakala untuk pengguna Android 9 dan kebawah, anda boleh mengaktifkan fungsi dark mode dengan pergi ke WhatsApp Settings > Chats > Theme kemudian pilih “Dark”.

Pengguna juga perlu mengemaskini update WhatsApp pada Apple Apps Store atau Google Play Store sebelum menukar fungsi dark mode ini.

Apa pendapat anda? Ok ke tak Dark Mode pada WhatsApp ni?

Sumber: WhatsApp

ERA Muzik Hit Terkini