Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Azizulhasni Awang Dedah ‘Senjata Rahsia’ Telan Kos RM13 Juta Untuk Aksi Di Olimpik Tokyo

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan ‘senjata’ rahsia atau basikal yang akan digunakan untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020.

datuk azizulhasni awang dedah ‘senjata rahsia’ telan kos rm13 juta untuk aksi di olimpik tokyo

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagram, beliau berkongsi video basikal sentuhan akhir model WX-R Vorteq yang akan digunakan pada aksi di Velodrom Izu.

Malah, kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) basikal WX-R Vorteq berwarna hitam dan perak itu menelan belanja hampir RM13 juta.

datuk azizulhasni awang dedah ‘senjata rahsia’ telan kos rm13 juta untuk aksi di olimpik tokyo

Basikal itu juga dibina khas untuk dua jaguh basikal trek negara, Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom bagi mempamerkan aksi terbaik menjelang temasya kali ini.

Tiga buah basikal setiap seorang dibekalkan kepada mereka untuk kegunaan di Olimpik bagi merangkul pingat emas.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini