Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Beberapa Taman Rekreasi Di Kuala Lumpur Akan Dibuka Isnin Ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan membuka taman-taman rekreasi dibawah seliaan mereka mulai Isnin ini.

beberapa taman rekreasi di kuala lumpur akan dibuka isnin ini

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, pembukaan taman rekreasi ini akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Antara taman-taman di Kuala Lumpur termasuklah Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman di Kepong dan beberapa taman rekreasi lain.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan mulai 4 Mei ini. Ia termasuk aktiviti sukan outdoor seperti badminton, tenis, berjoging, dan juga berbasikal dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini