Filem Deadpool 2 baru sahaja menemui peminat di panggung wayang dan seperti yang dijangka, filem ini berjaya mengutip kutipan box office seluruh dunia.
Pengarah filem Guardian of the Galaxy, James Gunn, menerusi laman Twitter beliau, menunjukkan minat dan keterujaannya selepas menonton filem Deadpool 2.
Advertisement
“Semalam saya menoton filem Deadpool 2 dan juga filem #Revenge. Dua filem yang sangat berbeza, hebat – sinematik yang hebat! Terima kasih @DavidMLeitch @VancityReynolds @coraliefargeat @MatildaLutz untuk hari yang hebat di pawagam”

Pelakon Deadpool, Ryan Reynolds, yang aktif dilaman Twitter, membalas Tweet tersebut dengan mengucapkan terima kasih, sambil diakhiri dengan ayat ‘Crossover’, merujuk kepada watak Deadpool di dalam filem Guardian of the Galaxy, atau sebaliknya.

Sumber: Twitter
