Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Masyarakat Perlu Waspada Taktik Penipuan Teknologi AI, 'Deepfake' – Fahmi

masyarakat perlu waspada taktik penipuan teknologi ai, 'deepfake' – fahmi

Taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) mula berleluasa jadi masyarakat perlu berwaspada kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Advertisement

Menurut Fadzil, penggunaan AI telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun sebenarnya teknologi berkenaan sangat membantu negara.

"Beberapa hari lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza terima panggilan dan tunjukkan (satu) panggilan WhatsApp video seolah-olah dia yang bercakap.

"Datuk Seri berkongsi tentang perkara tersebut melalui posting di Instagramnya bahawa 'deepfake' tersebut dibuat secara live meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

“Oleh itu, kita perlu berwaspada dengan memastikan sebarang video diterima adalah tulen dan bukan dihasilkan melalui aplikasi AI," ujar Fadzil ketika berucap di perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menguar-uarkan mengenai bahaya taktik penipuan menggunakan deepfake AI ketika ini.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini