Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rasa Macam Pernah Alami, 'Deja Vu' Bukan Superpower Untuk Lihat Masa Depan

Pernah tak anda rasa macam kita pernah lalui situasi yang sedang berlaku? Contohnya, kawan anda ajak untuk pergi ke konsert Dato’ Siti Nurhaliza, anda rasa yang dia pernah ajak ke konsert yang sama suatu masa dahulu, tapi rasanya, konsert tu bulan depan!

rasa macam pernah alami,

Besar kemungkinan, anda sedang mengalami fenomena yang dinamakan sebagai Déjà Vu. Fenomena ini bukan suatu yang baru dan boleh berlaku pada sesiapun.

Advertisement

Istilah Déjà Vu diambil dari perkataan Perancis yang membawa maksud “telah lalui”. Hampir 70% daripada populasi manusia pernah mengalami fenomena ini.

Pada asalnya, para pengkaji mengaitkan ianya dengan memori palsu. Tetapi kajian yang dilakukan baru-baru ini oleh Universiti St. Andrews, United Kingdom menafikan persamaan ini.

rasa macam pernah alami,

Mereka mendapati fenomena ini lebih berkait dengan bahagian otak manusia yang terlibat dalam membuat keputusan.

rasa macam pernah alami,

Hasil daripada kajian yang dibuat, mereka mengatakan fenomena Déjà Vu ini adalah cara minda manusia menguji daya kemampuannya sendiri. Seperti otak kita buat ujian mengejut untuk dirinya sendiri.

Sebenarnya, bila kita alami Déjà Vu ini, bukanlah bermaksud kita ada superpower yang boleh melihat masa hadapan, Cuma kita kurang fokus kepada apa yang sedang berlaku, sehingga otak kita bermain dengan tindak balas kita terhadap situasi tersebut.

Sumber:  NewScientist

ERA Muzik Hit Terkini