Baru-baru ini, tular satu lagi klip yang dikatakan salah satu babak daripada filem Avengers: Endgame yang sudah dipotong.
Babak tersebut menunjukkan Tony Stark bertemu anaknya, Morgan Stark yang sudah dewasa disebuah kawasan terbuka, dipercayai lokasi rahsia bagi mereka yang memegang Soul Stone.
Advertisement


Tony yang kelihatan sedih telah berbisik kepada anaknya sambil berkata, 'I love you 3000'.



Menurut pengarah Avengers: Endgame, babak tersebut terpaksa dipadam kerana ia akan mengelirukan penonton dan peminat, dan terpaksa digantikan dengan babak Tony masuk ke bilik Morgan yang masih kecil.
Watak Morgan Stark yang sudah dewasa dilakonkan oleh Langford ini telah mengejutkan ramai peminat Avengers yang tidak menjangkan beliau akan membawa watak terbabit.

Walaubagaimana pun, kesahihan klip tersebut masih belum dapat dipastikan.
Sumber: Screenrant