Baru-baru ini, USA TODAY Life telah memuatnaik sedutan klip daripada filem Avengers: Endgame yang telah dipadamkan.

We have an EXCLUSIVE @Avengers deleted scene from #Endgame that gives fans a heroic must-see moment → https://t.co/Y0tiB90wX7 pic.twitter.com/QZDxovUCT2
— USA TODAY Life (@usatodaylife) July 26, 2019
Advertisement
Babak tersebut menunjukkan saat-saat akhir Tony Stark aka Iron Man yang hampir mati, telah diberikan penghormatan terakhir oleh pasukannya. Kesemua yang berada disitu melutut sebagai tanda penghormatan buat Tony Stark.



Namun, Gamora pula dilihat berlalu pergi meninggalkan rakan-rakannya dan ia telah menimbulkan 1001 tanda tanya kepada peminat.

Penerbit, Joe dan Anthony Russo berkata, babak tersebut telah dipadam kerana mereka merasakan babak di pusara adalah lebih emosi.
“Ia adalah babak yang cantk tetapi kami lakukannya untuk majlis pengebumian Tony Stark.
“Babak pada majlis pengebumian adalah lebih emosi untuk mengenang kematian Tony”, kata adik beradik Russo pada USA Today.
Korang rasa, Gamora pergi mana?
Sumber: Gizmodo
