Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dihukum Baca Yasin Dan Laung Azan Kalau Tak Pakai Face Mask

Orang ramai yang didapati tidak memakai face mask ketika berada ditempat awam akan dikenakan denda membaca surah Yasin di bandar Cilegon, wilayah Banten, Jakarta.

dihukum baca yasin dan laung azan kalau tak pakai face mask

Hukuman itu dikatakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa patuh kepada undang-undang keselamatan yang telah ditetapkan, bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Cilegon, Kompol Jajang Mulyanan berkata, selain bacaan Yasin, hukuman melaungkan azan juga dibuat dan ini secara tidak langsung dapat mendoakan supaya virus di negara itu dapat dihentikan dengan segera.

Sebelum dikenakan denda, pesalah dikehendaki mengambil wuduk terlebih dahulu dan mengisi surat perjanjian pemakaian pelitup muka setelah selesai hukuman.

Salah seorang pesalah, Yudi, berkata beliau terlupa untuk memakai face mask ketika terburu-buru hendak ke pasar bagi membeli barangan keperluan.

“Saya telah sedar dan akan sentiasa ingat untuk memakai pelitup muka jika hendak keluar rumah selepas ini,” ujarnya.

Selain itu, ada juga pesalah yang dikenakan denda memanjat pokok setelah ingkar arahan pemakaian pelitup muka.

dihukum baca yasin dan laung azan kalau tak pakai face mask

Sumber: News Detik

ERA Muzik Hit Terkini