Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Denda Cuci Tandas Jika Ingkar Penjarakan Sosial Di Jakarta

Pelbagai cara diambil oleh banyak negara diseluruh dunia dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19.

denda cuci tandas jika ingkar penjarakan sosial di jakarta

Ada yang mengenakan denda dan penjara, malah ada juga yang memukul, meletakkan dirumah hantu, ketuk ketampi serta meletakkan mereka dalam ambulans bersama 'pesakit' COVID-19.

Advertisement

Indonesia sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mereka bertindak memperkenalkan hukuman denda mencuci tandas jika mana-mana rakyatnya ingkar kepada peraturan penjarakan sosial.

denda cuci tandas jika ingkar penjarakan sosial di jakarta

Selain hukuman mencuci tandas, Indonesia juga telah menetapkan hukuman denda sebanyak 250,000 rupiah jika didapati tidak memakai penutup hidung dan mulut di khalayak ramai.

Sementara itu, penduduk yang ditangkap berhimpun di khalayak ramai juga boleh dihukum memakai ves tertera label 'Pelanggar Peraturan'.

Setakat artikel ini ditulis, Indonesia telah mencatatkan kes positif sebanyak 16,496 kes dengan 1,076 kematian dan 3,803 telah sembuh.

denda cuci tandas jika ingkar penjarakan sosial di jakarta

Sumber: Mediacorp / Coronatracker

ERA Muzik Hit Terkini