Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dengar Lagu Adele Boleh Kurangkan Tekanan Dan Risiko Sakit Jantung?

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis di dua universiti iaitu Universiti Oxford Brookes di Sao Paulo, Brazil dan Universiti Parma di Tali menunjukkan mendengar lagu Adele versi instrumental adalah sangat menenangkan.

dengar lagu adele boleh kurangkan tekanan dan risiko sakit jantung?

Advertisement

Kajian dijalankan keatas lima orang pemandu wanita di Brazil dengan memainkan lagu Someone Like You dan Hello versi piano mampu memberikan ketenangan kepada mereka ketika tersangkut dalam kesesakkan trafik.

Selain lagu Adele, lagu-lagu lain yang menenangkan adalah seperti ‘Exile’ oleh Enya, ‘Amazing Grace’ oleh Chris Tomlin dan ‘Electra’ oleh Airstream.

Sepanjang kajian, degupan jantung mereka juga diperiksa dan mendapati tekanan jantung berkurang selain menurunkan tahap stress.

“Kami mendapati tekanan jantung  setiap individu yang dikaji berkurang kerana mendengar muzik semasa mereka memandu.

“Tertekan ketika memandu memberikan risiko kepada ‘pembangunan’ penyakit kardiovaskular dan komplikasi serangan jantung,” katanya.

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini