Buat mereka yang menggunakan jalan simpang empat Kajang-Dengkil, pasti anda pernah merasakan 'azab' berada dalam kesesakkan trafik yang sangat teruk disini.

Advertisement
Kesesakkan di simpang empat yang menghubungkan Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi, dan KLIA ini sudah sekian lama berlaku sehingga pengguna jalan raya ini menggelarkan ia sebagai 'Simpang Neraka'.

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega selepas jambatan baru sudah siap dibina dan akan dibuka bulan ini.

Memetik hantaran oleh Media Selangor dan Cyberjaya Info, persimpangan FT29/FT31 ini akan dibuka Mac ini dan ia menjadi satu khabar gembira buat pengguna yang melalui jalan terbabit.
Derita kesesakan simpang Kajang-Dengkil berakhir, laluan alternatif dibuka hujung bulan ini. Laluan babitkan jejambat persimpangan itu naiktaraf dgn lampu isyarat & lampu jalan babit kos RM70 juta. Ia beri manfaat kpd penduduk Dengkil, Putrajaya, Kajang, Bangi dan Nilai. pic.twitter.com/BqnQwVqbTk
— Media Selangor (@Media_Selangor) March 10, 2020
Derita kesesakan di simpang Kajang-Dengkil berakhir apabila laluan alternatif dibuka hujung bulan ini.
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) March 9, 2020
Laluan baharu itu menghubungkan Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi, KLIA dan klia2.
Info: @Media_Selangor
RIP ‘simpang neraka’. pic.twitter.com/abmaDNxRS1
Sumber: Twitter